All Updates @ Ultimate-Guitar.Com

Wednesday, October 13, 2010

Sejarah Muzik Indie




Ini merupakan kajian secara rambang melalui pengalaman-pengalaman terhadap pergerakan Muzik Underground / Indiependent di Malaysia, pada awal tahun 90 pergerakan ini bergerak secara satu tanpa mengikut genre-genre muzik, pada masa itu Musik Thrash Metal, Death Metal, Hard Core, Punk, Grind , Industrial , Alternative Rock bergerak dalam satu nama yang di panggil Underground, bukti-bukti pergerakan ini bergerak secara bersama dapat di lihat di dalam Thanks list setiap album ,demo, Flyers dan Fan Zine yang di terbitkan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman atau keluaran sendiri. Sebab sebab perpecahan tidak dapat dikenal pasti, kemungkinan oleh kerana, pertambahan peminat-peminat atau sebab-sebab lain yang tidak di kenal pasti secara khusus. Bagaimana pun pada tahun 90' an adalah merupakan zaman kemuncak pergerakan underground muzik Malaysia, nama nama besar dalam local scene ini lahir pada tahun ini, seperti Silent Death (Death Metal) Brain Dead (Death Metal) Nemesis ( Thrash/Death), Infactious Maggots (Industrial Grind Noise) Necotic Chaos ( Brutal Death Metal) , Karatz (Punk Rock), Carburetor Dung (Punk Rock) Spiral Kinetic Circus ( Alternative Rock) The Pilgrims (Post Punk), Naked Butterfly (Alternative Rock) Chronic Mass (Hard Core), Nebiras (Black Metal) Rator (Black Metal) Langsuyr (Occult Death Metal) Negation (Grind Core) Slum Scum (Grind Death) dan sebagainya menghasilkan karya-karya awal pada zaman kemuncak pergerakan muzik underground ini. Antara Bandar Bandar yang di landa muzik underground ini ialah Kuala Lumpur, Johor Baharu , Ipoh , Penang, Kuantan , dan tak lupa Taiping.


No comments:

Post a Comment